Thursday, October 29, 2009

Kek Pelangi

Kek Pelangi
Pertama kali mencuba Kek Pelangi ini. Kerana semangat ingin mencuba maka terhasil lah kek ini. Anak-anak suka sangat. Tak sempat nak simpan untuk makan 2 @ 3 hari. Dah pun habis. Sangat mudah membuatnya dan memang sedap. Pada mereka yang ingin mencuba, kita boleh share n try resepi ini. Selamat Mencuba.

KEK PELANGI


Bahan2nya:

250 gm mentega
220 gm tepung kek (superfine)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama tepung)
200 gm gula kastor
4 biji telur gred, A
5 sudu makan susu
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau


Cara membuatnya:

1. Griskan acuan bulat berukuran 8 inci. Lapikkan dgn kertas serap minyak. Panaskan ketuhar 180 drjh cecius.
2. Pukul mentega dan gula kastor hingga putih dan kembang dan putih
3. Perlahankan kelajuan, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung, dikacau, diselangselikan dengan s, susu. Gaul hingga rata.
5. Bahagikan kpd 3 adunan. Warnakan setiap adunan dgn pewarna merah, kuning dan hijau.
6 Ambil satu senduk adunan kuning, tompokkan ditengah2 acuan. Ambil pula satu senduk adunan merah, tompokkan diatasnya, diikuti dgn warna hijau diatasnya. Ulangi proses tersebut hingga smua adunan habis.
7. Goyang2kan acuan supaya adunan rata. Bakar selama 1 jam

Wednesday, October 14, 2009

Saturday, October 03, 2009

Birthday cupcake for Goody Bag

Birthday Cupcake for
Emy's 10 years old sister
-Buttercake with buttercream-


Edible printing of Upin Ipin





Chocolate cake with Chocolate ganache