Tuesday, March 26, 2013

Kek Hantaran


Kek Coklat Moist utk Hantaran Bertunang
Tema: Biru Putih

Kek Hantaran Bertunang adik lelaki saya
Oleh kerana perjalanan yang jauh dan agak lama yang akan kami tempuhi (9 jam lebih kurang)
maka saya mengambil keputusan untuk membuat fondant cake ini...supaya ianya tahan lama dann tak perlu risau jika ianya duduk dalam bonet kereta...Alhamdulillah...dari jam 9 mlm bertolak dari KL  dan sampai ke Perlis jam 8 pagi...kek ini selamat dalam kotak transparent yang kami letakkan di dalam bonet kereta...




Tempahan Tart Nenas Bentuk Buah

Assalamualaikum

 Minggu cuti persekolahan penggal pertama dah bermula...maka ramailah yang nak mendirikan rumahtangga, yang nak bertunang....bukan tuan punya badan yang nak bertunang dan berkahwin je yang sibuk, tapi aku pun sibuk sama menyibuk....adik nak bertunang..kene buatkan hantaran. Dalam masa yang sama kena siapkan tempahan untuk customer juga...ada yang nak buat untuk hantaran...ada juga untuk suka-suka makan dengan famili....Maka inilah hasil yang tak seberapa...harap2 customer2 saya berpuashati dengan tempahan mereka....

 Yang ini buat khas untuk adik saya bertunang...dengan oghang Peghelih (Orang Perlis)...jauh nun di utagha (utara)....jenuh cheq  duduk dalam kereta selama 9 jam dari KL ke Perlis ..huhu
 Tema: Biru Putih...itu yang letak riben polkadot biru putih tu...




 
Dibawah ni pula, tempahan dari staff PPUM lagi...Janafiah (kalau tak silap saya)..
untuk Hantaran Bertunang juga...
Terimakasih,, Janafiah ..
Harap anda berpuashati


Ini tempahan dari Rahiba, Staff PPUM
Untuk Hantaran juga (tak pasti Hantaran Kahwin atau Bertunang
Terima kasih Rahiba...

~Saya lebih suka menggunakan riben Gold atau Silver  kerana ia boleh masuk dengan
 semua warna kotak..kecuali ada permintaan dari customer untuk guna warna riben yang lain~


 


 ~TERIMA KASIH BUAT SEMUA CUSTOMER SAYA YANG SUDI MENEMPAH TART NENAS BENTUK BUAH INI...SEMOGA BERPUASHATI DENGAN HASILNYA...~










Tuesday, March 19, 2013

Pengumuman / Pemberitahuan

Assalamualaikum...

PENGUMUMAN / PEMBERITAHUAN

Macam gah je kan bunyi tajuk entri ni...macam nak bagi bonus 10 bulan kan..haha...Sebenarnya dah lama nak tulis entry ni tapi masih tak kesempatan CUM kemalasan jugak huhu..

Untuk pengetahuan semua...SuzanaCupcake dah tak buat Coklat...memang dulu saya ada jual cokat..tapi oleh sebab2 tertentu...jadi saya tangguh dulu buat masa ni produk coklat ni.....



Tapi kalau ada sesiapa yang nak tempah coklat boleh tempah dengan kawan saya yang memang buat bisnes Coklat ni...ini FB dia...Siti Aidil Mohd Yunus
http://siti.a.yunus@facebook.com
Harap maaf kepada yang bertanya dan ingin menempah coklat tu....

Tuesday, March 12, 2013

Tempahan Tart Nenas Bentuk Buah


Assalamualaikum..

Rasa macam lama tak update blog ni...kemalasan mula melanda..dalam masa yang sama kesibukan juga...Dalam bulan March ni banyak pula event / wedding / program2 sekolah anak2...termasuk juga nak menyiapkan tempahan tart....nak selebret besday sendiri pun tak sempat...huhu...adakala nya terpaksa tolak tempahan kek kerana berada di luar kawasan (eh..eh?? macam talian henpon je ...diluar kawasan..haha)

Alhamdulillah,bersyukut terhadap rezeki yang diberikan oleh~Nya...

Ini adalah sebahagian dari tempahan2 Tart Nenas Bentuk Buah yang telah siap dan telah dihantar kepada customer...Terima kasih semua..Jom scroll ke bawah..............

Tempahan dari Staff PPUM...
dari Mahfuzah, Bariah dan Azizah
7/3/2013











 Ini pula tempahan dari Khairun Nisah ~ jiran satu taman dengan ku
Untuk Hantaran Majlis Pertunangan
Terima kasih Along 9/3/2012





 

Tempahan dari Aswana PPUM
Untuk Hantaran majlis Pertunganan
15/3/2013 
 

 


 





Monday, March 04, 2013

Chocolate Moist Cake with Chocolate Roses

Assalamualaikum...Selamat bersiaran kembali...

Kini anda boleh lah menempah Kek Coklat Moist dengan bunga-bunga rose yang dibuat dari coklat juga,,,pastinya ia kesukaan ramai...boleh dijadikan hantaran perkahwinan, pertunangan atau majlis harijadi...kalau nak tulis perkataan kat atas kek pun boleh...tiada caj tambahan...kalau anda berminat untuk membuat tempahan...boleh call/sms ke nombor telefon saya kat...atau mesej ke Facebook saya...