Tuesday, May 28, 2013

Pantun Tart Nenas Pulak


Tart Nenas...Tart Nenas dan Tart Nenas lagiii.....
Cantik dipandang, sedap dimakan.

Terima kasih daun keladi
Kalau sedap boleh order lagi

Buah Lemon, manggis dan jambu
Buah strawberry, orange dan  epal juga
Tak ketinggalan juga  si buah labu
Semuanya comel sedap belaka...

Alhamdulillah syukur pada Nya...atas segala nikmat yang dikurniakan nya

Tempahan dari  Staff PPUM, Noraini
TQVM





Friday, May 24, 2013

Mini Pack Moist Chocolate Cake

Mini pack Moist Chocolate Cake


Untuk mereka yang suka kek coklat tapi tak mahu kek yang besar dan susah nak potong2....saya juga menyediakan  Moist Chocolate Cake dalam bentuk mini pack..yang senang dibawa kemana2...tak melekit2 sana sini....boleh makan dimana2 sahaja....tak perlu pinggan lagi...ada penutup....kalau tak abis boleh simpan dalam fridge...esok boleh sambung makan.....juga sesuai untuk hadiah pelbagai majlis...



 

 
RM5 / pack

Moist Chocolate Cake with Buttercream

Moist Chocolate Cake

Tempahan last minit..tapi masih sempat lagi...Tema Pink dan Purple...buat yang ringkas sahaja sebab kesuntukan masa nak siapkan tempahan tart..cuaca yang agak panas juga menyebabkan bunga2 cinta kat atas kek tu macam nak layu dah ...huhuhu..alhamdulillah sempat juga menyiapkannya
Selamat Pengantin Baru 
Eja dan Fadhillah






Tart Nenas Bentuk Buah untuk Hantaran

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan lagi

Tart Nenas Bentuk Buah ni untuk Hantaran Kahwin Norhaliza Harith... seorang Jururawat di PPUM dan juga tempahan dari Massitah dari Rembau untuk Hantaran Perkahwinan ....Terima kasih dari saya..
SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua2 pengantin...semoga kekal hingga ke syurga...

Kepada yang berminat nak tempah Tart ni atau lain2 boleh LIKE kat FB saya:

 


 
 Kotak Silver ini untuk Norhaliza Harith


 

 Kotak Yellow Gold ini untuk adik Massitah

>>>>>tak tau nape gambar tart tu jadi lonjong gitu..tensen makkk tau!!<<<<<

Untuk penggemar coklat

Norhaliza Harith juga ada buat Tempahan coklat tapi bukan dari saya...sebab buat masa ni memang saya tak buat coklat..jadi saya cuma tolong dia tempahkan coklat dibawah untuk Hantaran Perkahwinan nya...
Jika ada sesiapa yang nak tempah coklat yang sedap dan wangiiiii je baunya ni,..boleh call Siti Aidil Mohd Yunus (henpon tak leh letak sini tanpa kebenran tuan punya badan hehe) atau boleh tengok album coklat dia kat Facebook Page dia C'Manis Coklat 
 




Tuesday, May 21, 2013

Peekabary Boos Cookies ~ All Time's Cookies

Peekabary Boos Cookies

Assalamualaikum w.b.t....
Cuaca siang yang panas membawa hingga ke malam...namun haruslah kita bersyukur kerana masih diberi nikmat yang banyak selain dari ujian panas ini...masih lagi kita dapat menikmati hujan dan air yang melimpah ruah....panas pun sangat berguna untuk mereka yang memerlukan cahaya mentari...

ehhh??? tetiba keluar cerita cuaca panas pulak ...hehe..sebabnya seharian duduk kat dapur menghadap oven kesayangan ku...membakar cookies dalam cuaca yang panas...menambahkan lagi suhu dalam badan..huhu..namun ku tahan jua demi cookies yang super sedap ini (erkkkk...masuk lip tekan sendiri)....tapi memang cookies ini sedap...setiap gigitan akan terasa chocolate chip, rolled oat dan juga kepingan coklat milk yang tersisip diatasnya...ketika menikmati cookies ini...pasti anda akan tertanya2 ....apa yang terkandung di dalam cookies ini...sehingga gigitan yang terakhir....jum layan gambar cookies PEEKABARY BOOS ini...


 Atas: tunggu nak masuk oven

 nikmati keenakannya






 25 pcs/box ~ RM 16
Beli 2 box pada harga RM30 sahaja


 25pcs/box @ RM16