Wednesday, December 30, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Assalamulaikum,

Tinggal selang 1 hari sahaja lagi kita semua akan meninggalkan Tahun 2009. Banyak peristiwa yang telah kita lalui dan rasai sepanjang tahun ini. Bagi saya masih banyak yang perlu diterokai. Walaupun 2009 akan meninggalkan kita, namun kenangannya tetap akan bersama. Dikesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010 kepada semua yang singgah di blog saya ini. Semoga dengan kedatangan Tahun 2010 ini akan lebih mendewasakan diri kita menjadi insan yang lebih cemerlang.


Wednesday, December 16, 2009

BIRTHDAY CUPCAKE FOR ADAM n ALISYA
SON n DAUGHTER OF NORHAZLINA HAMID
Kali ini tempahan dari seorang kawan baru, Norhazlina Hamid, Staff Nurse dari Hospital Universiti. Juga sahabat kepada adik saya. Tempahan ini untuk hari jadi anak2 dia, menggunakan edible printing tema Upin Ipin. Harap2 anak-anak dia sukakannya. Chocolate Cupcake dengan topping buttercream.







Friday, November 27, 2009

CUPCAKE WITH TOPPING ROYAL ICING

Cupcake for my cousin's 18th Birthday

Cupcake ni saya buat sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga yang lain di Negeri Sembilan. Kebetulan pula sepupu saya menyambut birthdaynya pada 25hb November yang lalu, maka dengan sedikit masa yang ada cepat2 saya membuat cupcake untuknya...Hasilnya tak seberapa cantik sangat....tapi bila sampai di kampung...tak sempat nak tunggu raya...sudah habis dimakan oleh anak2 buah dan sepupu2 yang ada di rumah mak saya di kampung...Nasib baik juga ada simpan kan beberapa biji cupcake khas untuk birthday girl. Harap2 dia suka...sebab saya dah wrap cantik2 khas untuk dia sahaja...tapi tak sempat nak snap gambar cupcake yang siap dibalut cantik kerana birthday girl sudah menunggu......






















Thursday, October 29, 2009

Kek Pelangi

Kek Pelangi
Pertama kali mencuba Kek Pelangi ini. Kerana semangat ingin mencuba maka terhasil lah kek ini. Anak-anak suka sangat. Tak sempat nak simpan untuk makan 2 @ 3 hari. Dah pun habis. Sangat mudah membuatnya dan memang sedap. Pada mereka yang ingin mencuba, kita boleh share n try resepi ini. Selamat Mencuba.

KEK PELANGI


Bahan2nya:

250 gm mentega
220 gm tepung kek (superfine)
1 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama tepung)
200 gm gula kastor
4 biji telur gred, A
5 sudu makan susu
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau


Cara membuatnya:

1. Griskan acuan bulat berukuran 8 inci. Lapikkan dgn kertas serap minyak. Panaskan ketuhar 180 drjh cecius.
2. Pukul mentega dan gula kastor hingga putih dan kembang dan putih
3. Perlahankan kelajuan, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati. Masukkan esen vanilla.
4. Masukkan tepung, dikacau, diselangselikan dengan s, susu. Gaul hingga rata.
5. Bahagikan kpd 3 adunan. Warnakan setiap adunan dgn pewarna merah, kuning dan hijau.
6 Ambil satu senduk adunan kuning, tompokkan ditengah2 acuan. Ambil pula satu senduk adunan merah, tompokkan diatasnya, diikuti dgn warna hijau diatasnya. Ulangi proses tersebut hingga smua adunan habis.
7. Goyang2kan acuan supaya adunan rata. Bakar selama 1 jam

Wednesday, October 14, 2009

Saturday, October 03, 2009

Birthday cupcake for Goody Bag

Birthday Cupcake for
Emy's 10 years old sister
-Buttercake with buttercream-


Edible printing of Upin Ipin





Chocolate cake with Chocolate ganache





Wednesday, September 30, 2009

Monday, August 17, 2009

Cupcake Sempena Ramadhan..


KEPADA SEMUA UMAT ISLAM,
SELAMAT MEYAMBUT BULAN PUASA DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN


Happy Birthday to Yati n Fifi




CUPKEK BIRTHDAY UNTUK KAWAN SAYA, YATI DAN ADIKNYA FIFI...
HAPPY BIRTHDAY..HOPE YOU JUST LIKE IT..OK






Sunday, August 02, 2009

Kelas Cupcake 25-7-2009

Puan Noraini, memberi penerangan dan tips kepada peserta2 kursus

Antara cupcake yang diajar, Kek Seri Pandan

Dan Kek Kismis Walnut yang telah siap dibakar

Dan hasilnya adalah dari kreativiti peserta-peserta kursus pada hari itu

Para peserta kursus bergambar kenangan


Saturday, August 01, 2009

CUPCAKE WALNUT


CUPCAKE WALNUT DGN TOPPING BUTTER CREAM




Wednesday, July 29, 2009

Sunday, July 26, 2009

CUPCAKE ! CUPCAKE ! CUPCAKE !

IANYA SUNGGUH COMEL, MENARIK, CUTE DAN SEDAP UNTUK DINIKMATI, BILA-BILA MASA, DIMANA SAJA. IANYA PELBAGAI SAIZ, PERASA, RUPA DAN BENTUK. TERDAPAT PELBAGAI RUPA CUPCAKE SEHINGGA KADANGKALA SAYANG UNTUK MEMAKANNYA. BOLEH DIHIDANGKAN UNTUK MINUM PETANG, HARIJADI, MAJLIS-MAJLIS KERAIAN, HANTARAN PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN DAN JUGA SEBAGAI BUAH TANGAN KEPADA SAHABAT HANDAI DAN JUGA SAUDARA MARA.





CUPCAKE BERSAIZ KECIL 1.5 INCI,
SATU PEK BERISI 8 BIJI CUPCAKE
HARGA RM2.50 SATU PEK
PERISA VANILLA








GAMBAR CUPCAKE SAIZ KECIL (CLOSE-UP)