Thursday, August 05, 2010

AHLAN WA SAHLAN YA RAMAHDAN

SELAMAT TINGGAL SYA'ABAN
SELAMAT DATANG RAMADHAN
Bulan Sya'aban sudah hampir ke penghujungnya, dan hanya beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat. Sudah kah kiata membuat persiapan diri, fizikal, mental, rohani dan batin. Bulan puasa bukan sekadar cerita tentang kemeriahan menu untuk berbuka tapi yang lebih penting ingatan kita pada mereka yang tak bernasib baik. Menahan lapar dan dahaga bukan sekadar untuk memenuhi kehendak bulan puasa, tapi mestilah memberi keinsafan pada diri kita. Tentang mereka yang telah dahulu lapar dan dahaga.
Sama-samalah kita menghayati keberkahan bulan Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
SELAMAT BERPUASA

Saturday, June 12, 2010

Majlis Bercukur Jambul

Majlis Bercukur Jambul pada hari Sabtu 12.06.2010
Cucu pertama kepada Kak Ani + Abg Ayen, juga anak pertama kepada Azreen + suami (lupa plak nama suami dia..hehehe)...
Untuk diberikan sebagai doorgift kepada tetamu yang datang.








HAPPY B'LATED BIRTHDAY ADIB & FAIZ

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO ADIB & FAIZ

Cupcake untuk anak2 saudara husband saya...lahir pada bulan yang sama...tapi hari lain2...belum terlambat untuk meraikannya...juga merupakan hadiah untuk mereka...harap mereka suka kannya...







YOU LOVE CUPCAKE

Chocolate cupcake dengan buttercream + coklat ganache
Cupcake ni ditempah oleh kawan adik saya, yang mana kakaknya pregnant, mengidam nak makan cupkek...katanya...so just enjoy your cupcake...


Ini juga ditempah oleh rakan2 adik saya kat opis dia...mini cupcake...thank u gurls...




Sunday, June 06, 2010

KENDURI DOA SELAMAT

UNTUK KENDURI DOA SELAMAT
DARI SUHAILI - SUBANG
Last minute call...Suhaili yang keje kat PPUM-PJ...dia nak buat kenduri doa selamat...nasib baik dia nak yang simple2 jer...senang sikit keje...tapi dia nak buah stroberi kat atas cupcake tu...mmmmmm....tak sempat lah pulak nak mencarinya...kesuntukan masa....dia minta buatkan yang macam kat bawah ni...nanti dia sendiri akan letak buah tu...ooooiiii...thank you lah Suhaili...mudah keje akak....
Lepas hantar cupkek kat tempat keje dia....malamnya dia sms...dan mms gambar cupkek yang dia deco sendiri buahnya...katanya..."tak ada buah stroberi pun kek ni dah sedap sangat...tq akk"...THANKS AGAIN SUHAILI






SELAMAT PENGANTIN BARU HAYATI & HELMY

SELAMAT PENGANTIN BARU TO
NORHAYATI DAN HELMY

6.6.2010 adalah BIG DAY untuk pasangan pengantin Hayati dan Helmy...ex-officemate ku dulu. Tapi sorrylah fren, akk tak dapat pergi wedding Yati...banyak sangat jemputan pada hari yang sama..jadi..untuk tidak mengecewakan kawan ku sorang ni...aku pun pergi lah jumpa dia kat office lama ku dulu dan bawakan dia cupcake untuk nya..at the same time boleh jugak aku jumpa kawan2 lama ku dulu...miss u all....
Pada Yati..SELAMAT MELAYARI BAHTERIA, SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT....






Saturday, May 22, 2010

Wednesday, May 12, 2010

Makan-makan @TNB Bangsar

Majlis Makan-makan @TNB Bangsar
Vanilla Cupcake n Coklat Cupcake with
topping buttercream n Coklat Ganache











Tuesday, March 23, 2010

Nasi Kunyit / Pulut Kuning

Pada 7 march yg lalu adalah hari jadi saya...tapi tak teringin pun nak makan kek..kek besar atau pun cupcake...jadi saya buat lah pulut kuning untuk kami sekeluarga...sesekali buat pulut kuning memang sedap...lebih2 lagi kalau ada rendang...tapi hari tu tak sempat plak nak me'rendang'...jadi makan pulut saja...:))




Chocolate Cupcake with Buttercream Frosting

Doorgift Cupcake for your guest
Chocolate Cupcake











Happy Birthday to Farah Zulaikha

~~Happy 6th Birthday to Farah Zulaikha~~
Walaupun hari lahir adik ni jatuh pada setiap 29th Februari (leap year) tapi ibunya tetap meraikannya. Kata ibunya, Farah masih tak faham mengapa dia tak boleh meraikan harijadi tiap2 tahun macam orang lain. Jadi untuk tidak membuat si kecil ni rasa sedih, Cupcake Hello Kitty jadi penawarnya. Cupcake ni saya hantar ke Tadika Adik2 ku Sayang tempat Farah bersekolah...so, boleh lah dia berkongsi kegembiraan bersama kawan2nya...

















Mini Cupcake again

Oleh kerana dah lama tidak meng'update' blog ini, disebabkan oleh sesuatu...maka saya dah terlupa siapa yang meng'order' Mini Cupcake di bawah...hanya beberapa kotak saja yang dapat saya snap2 gambar cupcake tersebut....maka ini lah hasilnya:-
MINI CUPCAKE OF 8 PCS/BOX
PERISA COKLAT & BUTTER DGN TOPPING
BUTTERCREAM & CHOC GANACHE








Friday, February 12, 2010

Mini Cupcake ~ Elmy Fanieza

Mini Cupcake 8pcs per box

Mini cupcake lagi.....untuk Cik Elmy Fanieza juga.....untuk dibahagi2kan kat Wad tempat dia bertugas....suka betul dia bila tengok cupcake yang kecik2 dan comey2 ni....terimakasih ye ....




For Elmy Fanieza

Sehari selepas meraikan Hari Jadi Amir...esoknya kena siapkan order untuk Cik Elmy Fanieza...kaki masih terasa lenguh...tapi kuatkan juga...bukan banyak pun...belum pun menjelang petang dah siap semuanya....Ini untuk suami dan anaknya..kata Cik Elmy...



Ini juga....






Wednesday, February 10, 2010

Selamat Hari Jadi ~ Amir Izzuddin

Pada 6hb Februari 2010 yang lalu, saya meraikan Hari Lahir anak sulung saya , Amir Izzuddin sempena usia nya 7 tahun..Pejam celik..pejam celik..dah besar pun anak saya ni...Untuk menggembirakan hati nya, lalu dibawah adalah hasilnya...Chocolate Cake dengan gambar Ben 10.

Chocolat Cake with Edible Image Ben 10....

dan juga goodies bag untuk kawan2 Geng Bas Sekolah dia yang datang meraikan majlis hari lahirnya....

..yang diisi dengan cupcake gambar Ben 10 juga...dan lain2 tit bit untuk mereka..