Friday, March 29, 2013

Salam Jumaat

Salam Yaumul Jumaah, Saiyyidul Ayyam
29 March 2013

Bukan sekadar untuk renungan tapi Muhasabah Diri Jua


     Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka.

 Lihat lah ke dalam diri kita sendiri..

 Berapa banyak AIB kita yang Allah sembunyikan.. 

Dengan itu kita nampak baik dan mulia di mata umum.. 

Sedangkan hakikatnya Allah Maha Mengetahui

~Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang sombong dan orang yang memutuskan silaturrahim~

~Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik setiap hari...bukan membenci orang lain setiap hari~

Thursday, March 28, 2013

Anak Menantu dan Mertua

Assalamualaikum w.b.t
Jam Mula : 12:14am

Entry kali ini berlainan dari entry biasa...bukan nak bercerita tentang cupcake, cake atau tarts....tapi tentang kesedaran...Tetiba hati ini menjadi sayu dan sedih....lantas ingin mencoretkan sesuatu yang mungkin boleh memberi manafaat pada orang lain juga pada diri sendiri. Setelah berfikir untuk mencari-cari idea dan ilham...masih tak ketahuan apa dan bagaimana mahu menulisnya...Lalu saya pun blogwalking dari satu blog ke satu blog..dan akhirnya  terbaca satu entry di dalam blog yang sangat menarik....iaitu TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI TERHADAP MERTUA MEREKA SENDIRI...di sini saya ada copy & paste sedikit dari coretan dalam blog tersebut:-
Semoga kita mendapat manafaat dan hidayah dari Allah hendaknya:-

Anak Menantu dan Mertua

Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan

Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.

Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.

Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam

Contoh, isteri saya selaku menantu kepada ibu bapa saya amat menghormati kedua ibu bapa saya walaupun agama berlainan. Begitu juga dengan saya selaku menantu kepada kedua ibu bapa isteri saya (mentua).

Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.

Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.

Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.

(A) Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan

i:-Menantu Lelaki

1. Allah Subhannahu Wata'ala

2. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam

3. Ibu/Ibu Mertua

4. Bapa/Bapa Mertua

5. Isteri

6. Anak-anak

7. Lain-lain

Menantu Perempuan

1. Allah Subhannahu Wata'ala

2. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam

3. Suami

4. Anak-anak

5. Ibu/Ibu mertua

6. Bapa/bapa mertua

7. Lain-lain

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana merekaa berhak ke atas menantu.

Seterusnya boleh baca seterusnya di sini http://unitceramah.blogspot.com/2011/02/anak-menantu-dan-mertua.html
 
Link ini juga ada saya masukkan dalam senarai blog yang saya suka baca...diatas nama Minda Islami sila tengok sebelah kiri...dan boleh klik saja...tak kene bayar pun..Insha Allah...akan datang lebih banyak lagi blog2 Islamik saya akan masukkan...

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL



Tuesday, March 26, 2013

Kek Hantaran


Kek Coklat Moist utk Hantaran Bertunang
Tema: Biru Putih

Kek Hantaran Bertunang adik lelaki saya
Oleh kerana perjalanan yang jauh dan agak lama yang akan kami tempuhi (9 jam lebih kurang)
maka saya mengambil keputusan untuk membuat fondant cake ini...supaya ianya tahan lama dann tak perlu risau jika ianya duduk dalam bonet kereta...Alhamdulillah...dari jam 9 mlm bertolak dari KL  dan sampai ke Perlis jam 8 pagi...kek ini selamat dalam kotak transparent yang kami letakkan di dalam bonet kereta...




Tempahan Tart Nenas Bentuk Buah

Assalamualaikum

 Minggu cuti persekolahan penggal pertama dah bermula...maka ramailah yang nak mendirikan rumahtangga, yang nak bertunang....bukan tuan punya badan yang nak bertunang dan berkahwin je yang sibuk, tapi aku pun sibuk sama menyibuk....adik nak bertunang..kene buatkan hantaran. Dalam masa yang sama kena siapkan tempahan untuk customer juga...ada yang nak buat untuk hantaran...ada juga untuk suka-suka makan dengan famili....Maka inilah hasil yang tak seberapa...harap2 customer2 saya berpuashati dengan tempahan mereka....

 Yang ini buat khas untuk adik saya bertunang...dengan oghang Peghelih (Orang Perlis)...jauh nun di utagha (utara)....jenuh cheq  duduk dalam kereta selama 9 jam dari KL ke Perlis ..huhu
 Tema: Biru Putih...itu yang letak riben polkadot biru putih tu...




 
Dibawah ni pula, tempahan dari staff PPUM lagi...Janafiah (kalau tak silap saya)..
untuk Hantaran Bertunang juga...
Terimakasih,, Janafiah ..
Harap anda berpuashati


Ini tempahan dari Rahiba, Staff PPUM
Untuk Hantaran juga (tak pasti Hantaran Kahwin atau Bertunang
Terima kasih Rahiba...

~Saya lebih suka menggunakan riben Gold atau Silver  kerana ia boleh masuk dengan
 semua warna kotak..kecuali ada permintaan dari customer untuk guna warna riben yang lain~


 


 ~TERIMA KASIH BUAT SEMUA CUSTOMER SAYA YANG SUDI MENEMPAH TART NENAS BENTUK BUAH INI...SEMOGA BERPUASHATI DENGAN HASILNYA...~










Tuesday, March 19, 2013

Pengumuman / Pemberitahuan

Assalamualaikum...

PENGUMUMAN / PEMBERITAHUAN

Macam gah je kan bunyi tajuk entri ni...macam nak bagi bonus 10 bulan kan..haha...Sebenarnya dah lama nak tulis entry ni tapi masih tak kesempatan CUM kemalasan jugak huhu..

Untuk pengetahuan semua...SuzanaCupcake dah tak buat Coklat...memang dulu saya ada jual cokat..tapi oleh sebab2 tertentu...jadi saya tangguh dulu buat masa ni produk coklat ni.....



Tapi kalau ada sesiapa yang nak tempah coklat boleh tempah dengan kawan saya yang memang buat bisnes Coklat ni...ini FB dia...Siti Aidil Mohd Yunus
http://siti.a.yunus@facebook.com
Harap maaf kepada yang bertanya dan ingin menempah coklat tu....

Tuesday, March 12, 2013

Tempahan Tart Nenas Bentuk Buah


Assalamualaikum..

Rasa macam lama tak update blog ni...kemalasan mula melanda..dalam masa yang sama kesibukan juga...Dalam bulan March ni banyak pula event / wedding / program2 sekolah anak2...termasuk juga nak menyiapkan tempahan tart....nak selebret besday sendiri pun tak sempat...huhu...adakala nya terpaksa tolak tempahan kek kerana berada di luar kawasan (eh..eh?? macam talian henpon je ...diluar kawasan..haha)

Alhamdulillah,bersyukut terhadap rezeki yang diberikan oleh~Nya...

Ini adalah sebahagian dari tempahan2 Tart Nenas Bentuk Buah yang telah siap dan telah dihantar kepada customer...Terima kasih semua..Jom scroll ke bawah..............

Tempahan dari Staff PPUM...
dari Mahfuzah, Bariah dan Azizah
7/3/2013











 Ini pula tempahan dari Khairun Nisah ~ jiran satu taman dengan ku
Untuk Hantaran Majlis Pertunangan
Terima kasih Along 9/3/2012





 

Tempahan dari Aswana PPUM
Untuk Hantaran majlis Pertunganan
15/3/2013 
 

 


 





Monday, March 04, 2013

Chocolate Moist Cake with Chocolate Roses

Assalamualaikum...Selamat bersiaran kembali...

Kini anda boleh lah menempah Kek Coklat Moist dengan bunga-bunga rose yang dibuat dari coklat juga,,,pastinya ia kesukaan ramai...boleh dijadikan hantaran perkahwinan, pertunangan atau majlis harijadi...kalau nak tulis perkataan kat atas kek pun boleh...tiada caj tambahan...kalau anda berminat untuk membuat tempahan...boleh call/sms ke nombor telefon saya kat...atau mesej ke Facebook saya...