Thursday, August 25, 2011

Tempahan Steam Fruit Cake

STEAM FRUIT CAKE
Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ini juga buat semua customer ku. Ramadhan pun dah hampir ke penghujung, cuma beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan ramadhan. Pasti ramai yang tak sabar2 menunggu kedatangan Syawal dengan pelbagai persiapan mengikut kemampuan masing2. Cuma perlu diingatkan, berbelanja lah ikut keperluan, kemampuan dan bukan ikut kemahuan...
Apa2 pun saya nak mengucapkan berbanyak2 terima kasih pada customer2 yang telah menempah Kek Buah Kukus dari saya...ini adalah tahun pertama dan tahun percubaan bagi saya membuat Kek Buah Kukus yang saya pelajari dari Chef Baini...memang hasilnya sungguh memuaskan....jenuh lah jugak nak membuatnya...maklumlah 1st time....tapi hasilnya tidak mengecewakan....


650gm++ RM25

Beberapa tempahan dari kawan2 yang lain dan juga jiran2


Tempahan dari seorang kawan, Rosaida Laidin. Ini untuk Hari Raya Gift untuk Guru di sekolah anaknya....separuh dari saiz biasa...cuma saya tak jual packing kecik2 macam ni...only for special request...
Ini tempahan dari kawan saya juga, Maznah Baba untuk diagih2kan pada golongan2 gelandangan (bahasa kasar orang sebut golongan merempat) sempena Program Sepanjang Bulan Ramadhan...

Terima kasih sekali lagi.....jangan malu2 nak komen kek saya...

No comments:

Post a Comment