Saturday, May 11, 2013

Happy Birthday Farisya

Salam 1 Rejab

Hurmmm...dalam diam tak diam...dah masuk bulan Rejab...tapi esti ramai yang terbayang bulan Syawal kan....hiihihi (jauh bebenor tu angan2nya)...Ini bermakna dah dekat dengan bulan Ramadhan....ramai yang tertunggu bulan ramadhan...banyak sebab...ada yang nak beramal lebih dalam bulan ni...ada yang nak buat duit lebih dalam bulan ini juga...tak kurang juga yang tak suka kedatangan bulan Ramadhan...sebab? tak dapek melantak siang2 hari laaa tu..huhu

Opppss...lari dari topik kek pulak .... time  musim PRU haritu..lepas je calit malit jari dengan dakwat kekal yang tak berapa nak kekal tu...kami celebrate birthday anak saudara saya..Nur Farisya...6 tahun pada 5.5.2013....dan buatkan dia Kek Coklat Moist....dan juga sedikit jamuan...ok..layan gambar kek nya saja..







Monday, April 15, 2013

Selamat Hari Lahir Suami ku



Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 44 untuk suami ku




 It's Italian Tiramisu...dah lama tak buat...pernah juga suami saya cakap...kenapa dah lama tak buat tiramisu...asik tengok gambar je..kikikiki...bukan tak nak buat...tapi kerajinan tu tak datang...walhal bukan susah pun nak membuatnya...so...sempena hari lahir dia yang ke 44 pada 11 April lepas, saya buat jugak...tapi buat last minit sebab banyak hal yang nak dibuat pada hari yang sama...8 jam tu untuk bagi dia betul2 keras (bukan lah keras sangat..tapi kenyal dan padat...                            
                             


 Sekejap jer dah tinggal separuh 



Memang sedap...kalau kek biasa lambat nak abis....tapi yang ini satu malam jer dah tinggal suku..
Last2 yang suku ni masuk semula dalam peti..sebab semua orang dah kekenyangan...ekceli...makan satu slice jer (dlm  2 keping biskut ladyfinger tu) dah kenyang rasanya...

Ok semua..selamat menjamu mata...

Friday, April 05, 2013

Kembali Bersiaran


Suzanacupcake kembali bersiaran

tu je yang saya nak war-warkan hehehe
penat lah menggodek2 blog ni
cuma nak update situ sini je
lain2 sume sama

terima kasih kerana menunggu..hehe


Friday, March 29, 2013

Salam Jumaat

Salam Yaumul Jumaah, Saiyyidul Ayyam
29 March 2013

Bukan sekadar untuk renungan tapi Muhasabah Diri Jua


     Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka.

 Lihat lah ke dalam diri kita sendiri..

 Berapa banyak AIB kita yang Allah sembunyikan.. 

Dengan itu kita nampak baik dan mulia di mata umum.. 

Sedangkan hakikatnya Allah Maha Mengetahui

~Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang sombong dan orang yang memutuskan silaturrahim~

~Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik setiap hari...bukan membenci orang lain setiap hari~

Thursday, March 28, 2013

Anak Menantu dan Mertua

Assalamualaikum w.b.t
Jam Mula : 12:14am

Entry kali ini berlainan dari entry biasa...bukan nak bercerita tentang cupcake, cake atau tarts....tapi tentang kesedaran...Tetiba hati ini menjadi sayu dan sedih....lantas ingin mencoretkan sesuatu yang mungkin boleh memberi manafaat pada orang lain juga pada diri sendiri. Setelah berfikir untuk mencari-cari idea dan ilham...masih tak ketahuan apa dan bagaimana mahu menulisnya...Lalu saya pun blogwalking dari satu blog ke satu blog..dan akhirnya  terbaca satu entry di dalam blog yang sangat menarik....iaitu TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI TERHADAP MERTUA MEREKA SENDIRI...di sini saya ada copy & paste sedikit dari coretan dalam blog tersebut:-
Semoga kita mendapat manafaat dan hidayah dari Allah hendaknya:-

Anak Menantu dan Mertua

Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan

Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.

Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.

Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam

Contoh, isteri saya selaku menantu kepada ibu bapa saya amat menghormati kedua ibu bapa saya walaupun agama berlainan. Begitu juga dengan saya selaku menantu kepada kedua ibu bapa isteri saya (mentua).

Pendek kata, Islam tidak membezakan martabat ibu bapa tidak kira apa juga agamanya selagi mana kedua-dua pihak tidak mempunyai niat tidak baik.

Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.

Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua

Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.

(A) Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan

i:-Menantu Lelaki

1. Allah Subhannahu Wata'ala

2. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam

3. Ibu/Ibu Mertua

4. Bapa/Bapa Mertua

5. Isteri

6. Anak-anak

7. Lain-lain

Menantu Perempuan

1. Allah Subhannahu Wata'ala

2. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam

3. Suami

4. Anak-anak

5. Ibu/Ibu mertua

6. Bapa/bapa mertua

7. Lain-lain

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana merekaa berhak ke atas menantu.

Seterusnya boleh baca seterusnya di sini http://unitceramah.blogspot.com/2011/02/anak-menantu-dan-mertua.html
 
Link ini juga ada saya masukkan dalam senarai blog yang saya suka baca...diatas nama Minda Islami sila tengok sebelah kiri...dan boleh klik saja...tak kene bayar pun..Insha Allah...akan datang lebih banyak lagi blog2 Islamik saya akan masukkan...

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL