Tuesday, March 26, 2013

Tempahan Tart Nenas Bentuk Buah

Assalamualaikum

 Minggu cuti persekolahan penggal pertama dah bermula...maka ramailah yang nak mendirikan rumahtangga, yang nak bertunang....bukan tuan punya badan yang nak bertunang dan berkahwin je yang sibuk, tapi aku pun sibuk sama menyibuk....adik nak bertunang..kene buatkan hantaran. Dalam masa yang sama kena siapkan tempahan untuk customer juga...ada yang nak buat untuk hantaran...ada juga untuk suka-suka makan dengan famili....Maka inilah hasil yang tak seberapa...harap2 customer2 saya berpuashati dengan tempahan mereka....

 Yang ini buat khas untuk adik saya bertunang...dengan oghang Peghelih (Orang Perlis)...jauh nun di utagha (utara)....jenuh cheq  duduk dalam kereta selama 9 jam dari KL ke Perlis ..huhu
 Tema: Biru Putih...itu yang letak riben polkadot biru putih tu...




 
Dibawah ni pula, tempahan dari staff PPUM lagi...Janafiah (kalau tak silap saya)..
untuk Hantaran Bertunang juga...
Terimakasih,, Janafiah ..
Harap anda berpuashati


Ini tempahan dari Rahiba, Staff PPUM
Untuk Hantaran juga (tak pasti Hantaran Kahwin atau Bertunang
Terima kasih Rahiba...

~Saya lebih suka menggunakan riben Gold atau Silver  kerana ia boleh masuk dengan
 semua warna kotak..kecuali ada permintaan dari customer untuk guna warna riben yang lain~


 


 ~TERIMA KASIH BUAT SEMUA CUSTOMER SAYA YANG SUDI MENEMPAH TART NENAS BENTUK BUAH INI...SEMOGA BERPUASHATI DENGAN HASILNYA...~










No comments:

Post a Comment